PEMAKANAN NADI KEHIDUPAN

Makanan menjadi sumber tenaga yang amat penting bagi manusia. Tanpa makanan, manusia pastinya akan menjadi lemah dan tidak terdaya melakukan activity harian. Namun begitu, kita harus bijak memilih makanan yang baik dan berkhasiat untuk menjaga kesihatan diri kita.

Tuesday 13 December 2011

Apa Diet Sebenarnya?

Tengahari semalam saya berhenti di salah sebuah gerai di kawasan rihat dan rawat Lebuhraya Plus. Saya terdengar seorang wanita pertengahan umur bertanya kepada rakannya.
“Kau tak nak makan ke?”
“Aku diet!!!”
Saya rasa saudara/ri pun sering terdengar ungkapan “aku diet” diucapkan oleg ramai orang. Apakah maksud diet yang digunakan dalam konteks perbualan seharian? Adakah ia sama dengan maksud diet yang sebenarnya?
Saya kira maksud diet dalam konteks perbualan yang di atas adalah “tak makan sebab nak kuruskan badan”.
Maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit; contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Bila kita berpuasa, badan kita bersedia untuk tidak menerima makanan. Keadaan yang sama tidak berlaku jika kita tidak berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.
Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment