Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?
Pemakanan sihat adalah penting untuk :
Pemakanan sihat adalah penting untuk :
- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
- Sentiasa cergas.
- Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
- Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
- Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.
Mengapakah anda memerlukan tenaga?
Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
- Pembinaan otot tubuh.
- Mengekalkan suhu badan.
- Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
- Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Berapakah keperluan harian pemakanan anda?
- Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
- Saiz fizikal.
- Kadar pertumbuhan.
- Tahap aktiviti.
- Jantina.
- Secara amnya, badan anda memerlukan :
- Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
- Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
- Mikronutrien:
- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.
- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.
- Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
- Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
- Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.
- Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!
No comments:
Post a Comment